Monday, 31 March 2014

PeRsAhaBaTaN

Sahabat......
 
Sahabat adalah orang yang sentiasa bersama tak kira suka dan duka kita. Segala-galanya dikongsi bersama-sama selamanya. YEzzzzzz :)
 
Azlida Ramli seorang yang pemalu, tak peramah sukar untuk bergaul dengan orang baru. e2 sifatku sehingga umur 14 tahun. huhu BUT everything berubah selepas aku dpt korum baru. HAHAHA
 
Sahabat kesayanganku Siti Shazwani, Noraliza, Zaimi, Mariatie, Noor Azira and Nazahiah. Kami membesar di Kg Rasal n umah msing2 dkt. Plg jauh jmie next T next Lija next Aku next Sulung next Ala last Nazhiah ( umah dia sblh SK To'Uban ).
 
Siti Shazwani @ long
 
Kenal since umur 5 thn rsnya coz ms tadika slalu g sklh sama2. Pengalaman yang tak dpt dilupakan bila g tadika guna laluan kebun getah belakang rumah dia. Boleh tak perasan kaki kena gigit 'pacat'. Hayoyo. Abis beg sklh kena darah coz 'pacat' dh kenyang.HUa ha ha ha. G tadika jln kaki je. Nk kte dkt tak gak,tp sbb bdk2 enjoy jer.Hehe. Guru pertama kami arwah ' Cikgu Lemol'. Nama penuh tak sure. Kalu skrg org panggil PPM tp dulu jwtan ni org panggil ape. Kak yg slalu msk ni kitaorg panggil Ateh. Hehe. Time mknan sdp of coz aku g tambah. Minta ngan Ateh.Hehe. So Sweet.
 
Zaimi @ jmies, Noraliza @ Lija, Mariatie @ T, Noor Azira @ Ala and Nazahiah @ Mc Jah
 
Dh kenal from tadikalh kira tp xrapat coz akukn pemalu. HUaa Ha ha.G pun diaorag geng2 bijak pandai kt sklh rendah. Nk dkt segan. Tgk diaorg dari jauh jer ;'(
 
Kitaorg boleh jd geng yang memang kamceng sehingga skrg start Form 4. Ms ni aku, jmie, lija, ala n nazah sekelas. sulung n T sekelas. Tiap kali waktu rehat ms g sama2. Plg awal kluar rehat plg lmbt msk kelas.He he. Semua cikgu2 Form 5 kenal geng kitaorg. Nak2 lak Guru Kelas kitaorang  Cikgu Wan Malik (ajar Mate + and Fizik ). Dia panggil kitaorg bdk2 bodoh sombog.Huhuhu. Coz apa yg dia ajar xphm tp xnk Tanya.Heheh.
 
Ms SPM kitaorg study sama kt umah Ala. Kononya study group lah. Byk kenangan kt sini. Goreng Pisang Pink ciptaan lija. Nyaris2 nk kena hempap kelapa tua ms on the way ke rumah la. Lija terjatuh dlm lubang gara2 nk g tgk pertunjukan kt umah ala. Kteny followme2 alih2 jatuh lubang, Sapa tido awal muka kena conteng ngan lipstick, tabiat tido aku yg suka men rambut even skrg pn still continue if penat sgt, t yg suka gosok perut org ms tido, jmie n sulung yang slalu gayut tgh2 mlm (phone bilik mak siap cabut awal2, gara2 projek  gayut tgh mlm). Kenangan yang cukup indah untuk dikenang dan diceritakan pd anak2 :).
 
aFTER SPM 1999 masing2 sambg bljr. Aku n jmie UiTM Dungun. Lija n sulung msk keja ngan Kementerian Kesihatan Malaysia. T and Ala jd seorang pendidik. Mc Jah MIA. Kitaorng tak tau dia kt mana. Last kitaorg tahu dia samb Master di UIA.
 
Masing2 dah ada keluarga sendiri. 1st jd bini org sulung. Kawin ngan kwn satu sekolah ada seorang hero. Skrg tgh usaha tambah ahli keluarga lg. Ala kwin dgn org Kedah skrg dh 3 hero. Ktenya nk usaha lg nk dptkan herion lak then stop. Lija dpt org Kelantan gak. dh dpt sepasang. Ktenya nk + lg dua b4 35. After that nk stop. Jmie kwin ngan mmb sekelas aku. Aku mulanya kenengkan dia ngan husband dia ni, tp jual mahal lak mek ni. Alih2 nampk g dating. hampeh tul.Apapun mugo bahagia hingga ke syurga. Skrg anak dh 2. Katenya wt ms ni stop dulu.tak larat :) Next year coming soooooon. Aku ? Alhamdulilah rezeki e2 ada utk kami. Bln 7 mama n papa blh jmpa bby. Mcamana rupa bby ye, Tak saba ase. Penantian 4 tahun. Lama kami tggu baby (anugerah dr Allah swt untuk mama n papa, mama ingat kami akn berdua selamanya. G pun Nabi Muhammad saw ada ckp, sapa2 yang xde zuriat, baginda kan tunggu di syurga, tp kena redha dengan ujian dari allah swt. Mama pegang kte2 tu n mama redha jika kami xdpt zuriat. Tp Allah swt Maha Kaya Maha Agung Maha Mendengar, DIA tunaikan hasrat kami.And now bby dlm Rahim mama. Papa pun tak sangka baby akan hadir dlm Rahim mama. Semalam papa kte,' Macam tak percaya Azlida mengandung'. Hehe. Kuasa Allah swt kn sayang)
 
Namun sekarang nk kumpul blk semuaorg agak ssh krn komitmen msing dan cuti yang tak sama. Lija, Sulung and T mmg tiap kali ry senang nk jmpa. Almaklumlah kwin ngan org Kelantan gak. Aku  n Jmie nasib turn ry sama ms ry kt kltan. Tp lps ni tak dh coz ada pertukaran. Kalau ikutkan patutnya Raya Puasa tahun ni kt Jengka tp sbb aku bersalin time ry so raya puasa ini kalilah kt Kelantan g. ry haji tkr turn jengka lak. Ala, agak ssh nk jumpa. Kerana dia lebih diperlukan di Sabah sebagai pendidik. Time cuti mmg tak sama. Even blk ry kt semenanjung pun still ada turn gak.agak ssh nk jmpa..
 
Coming soon in the club to be a wife Mariate Ismail. Akhirnya jodoh dh sampai. Percaturan dr Allah swt jua. Kitaorg mmg xcited sbb dh lama tggu nk mkn 'Gulai Buku Besar' hehe. Tarikh tak decide lg. Hope after aku abis bersalin. Dgn org Kelantan gak. So ry tak rebut nk blk mana. Sume umah smpi.Hehe.Ktenya tema hijau emerald.
 
Untuk sahabatku semoga persahabatan kita akan kekal berterusan selama-lamanya. Takkan goyah. Doaku sentiasa mengiringi setiap perjalanan korang. Semoga rumahtangga kalian sentiasa dirahmati olehNYA dan diberikan kesihatan yang baik.
 
JMIE, LIJA N MC LONG - Moga hasrat kalian utk tambahkn cahayamata akan dimakbulkan oleh NYA
 
ALA - Moga pertukaran dari Sabah ke Kelantan akan diluluskan
 
T - Moga perkahwinan akan berjalan dengan lancar dan dikurniakan cahayamata yang soleh dan solehan n Selamat Melangkah ke Alam Rumahtangga.
 
 
 
 
 

Thursday, 21 November 2013

ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-4



22 November 2013

Genap 4 tahun perkahwinan ku..


Abang,

MOHD NOOR ASHIKIN BIN TALIB

Terima kasih di atas segalanya-galanya. Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya. Banyak kekurangan dalam diri ini.

Maaf diminta andainya aku

 - : tak mampu menjadi seorang isteri yang terbaik untuk mu

-: tak mampu membahagiakan dirimu

-: tak mampu memberikan mu zuriat

-: tak mampu menjadi seorang isteri yang solehan seperti yang kau inginkan


Doaku semoga Allah swt akan memberkati dan merahmati perkahwinan kita biarpun hanya kita berdua. Moga perkahwinan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat kita. Amin

Moga usiamu lebih panjang dariku, kerana aku tak sanggup kehilanganmu. Seandainya tiba masa untuk kita kembali kepadaNya, biarlah aku mendahuluimu. Aku tak sanggup mengharungi kehidupan ini seorang diri.



Thursday, 14 November 2013

Kehidupan

Cepatnya ms berlalu. Rs mcm semlm br 1 Jan 2013. Tup2 lg sebulan lebih dh nk msk 2014. Banyaknya suka duka 2013 akan jd kenangan.

Moga 2014 ada berita yang ditunggu.

22.11.2013 4 tahun perkahwinan kami. Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t kerana memberikan kami kesihatan yang baik. Walaupun kami masih belum dikurnikan zuriat, kami bahagiadengan kehidupan kami sekarang.

Seandainya ditanya tak teringin nk ada anak ke?

Tipu kalau jwpnya xnk.

Tahun pertama perkhawinan  dulu teringin nk preggy sgt. Bile delay je date period teruja, moga ada rezeki kami, tapi hampa.

Masuk tahun kedua ajak hubby g jmpa doc. Ms ni br tahu ada cyst dkt ovary dan salah satu sbb kenapa xpreggy lg. Ms tahu rs down sgt2. Tapi Allah Maha Mengetahui. Diujinya kita dengan ujian dan digantikanNYA dengan kegembiraan .

Yang ditunggu2 selama ini dtg jua. Tawaran Pelantikan Tetap Sebagai PTPO di bwh SPP. Alhamdulilah rezeki kawin org kte. Ingatkan tak dpt sbb hanya Berjaya sebagi calon simpanan sahaja.

2011 bermula kehidupan bujang blk sbb dihantar bertugas ke SK Seri Pantai, Mersing Johor.Ms ni hubby kerja kt Pekan, Pahang.

Tiap2 minggu blk Pekan dan masa duk Mersing jarang dh blk umah mak mertua sbb penat. Jumaat mlm aku jg penumpang setia bas Utama Ekspress Johor ke Kelantan. Tp aku smpi Pekan je. Bila tiket abis hubby aku jd mangsa dtg ambik kt Mersing. Hehe. Ahad tghari hubby hantar ke Mersing.

Ms duk Mersing ari Jumaat plg best wt keja sbb mlm nk blk Pekan tp bila msk kerja ari Isnin xde semangat langsung.huhu

Setahun stgh duk Mersing akhirnya aku dpt pindah msk Pahang tu pun siap gaduh ngan GB. Ms duk Mersing kami tak buat apa2 rawatan untuk dapatkan anak. Biar ms berlalu mcm tu je.

Suara2 sumbang yang bertanya xpernah pts. Orang yg tnya org yg sama lak, hangin gak aku. Sabar jelah. Nak2 adk ipar yang kwin lewat 6 bln dari aku msk 2 dh. Lagilah org duk sibuk menanya. Pernah aku menangis gara2 kena perli.

Bila dah pindah Pahang kami start jmpa pkr untuk cyst. Alhamdulilah dlm ms 9 bln cyst aku dh kecut. Tp doc xsuggest utk operate buang sbb cyst aku bwh 5 cm lg. Wat ms skrg ni aku just amalkan mkn gla complex Shaklee, minyak kelapa dara catalyst dan minum air anugerah. Lumiglow aku xcuba lg n aku suh hubby amalkan zinc dan madu.  Moga Allah permudahkan usaha kami.

Tapi skrg ni aku dh tak menaruh harapan yang tinggi sbb takut kecewa. Jika ada kami terima dan jika tak ditakdirkan lg kami redha.

Hope kawan yang senasib teruskan doa, moga Allah akan perkenanknnya satu hari nati. Amin