Thursday, 21 November 2013

ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-4



22 November 2013

Genap 4 tahun perkahwinan ku..


Abang,

MOHD NOOR ASHIKIN BIN TALIB

Terima kasih di atas segalanya-galanya. Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya. Banyak kekurangan dalam diri ini.

Maaf diminta andainya aku

 - : tak mampu menjadi seorang isteri yang terbaik untuk mu

-: tak mampu membahagiakan dirimu

-: tak mampu memberikan mu zuriat

-: tak mampu menjadi seorang isteri yang solehan seperti yang kau inginkan


Doaku semoga Allah swt akan memberkati dan merahmati perkahwinan kita biarpun hanya kita berdua. Moga perkahwinan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat kita. Amin

Moga usiamu lebih panjang dariku, kerana aku tak sanggup kehilanganmu. Seandainya tiba masa untuk kita kembali kepadaNya, biarlah aku mendahuluimu. Aku tak sanggup mengharungi kehidupan ini seorang diri.



No comments:

Post a Comment