Thursday, 21 November 2013

ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-4



22 November 2013

Genap 4 tahun perkahwinan ku..


Abang,

MOHD NOOR ASHIKIN BIN TALIB

Terima kasih di atas segalanya-galanya. Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya. Banyak kekurangan dalam diri ini.

Maaf diminta andainya aku

 - : tak mampu menjadi seorang isteri yang terbaik untuk mu

-: tak mampu membahagiakan dirimu

-: tak mampu memberikan mu zuriat

-: tak mampu menjadi seorang isteri yang solehan seperti yang kau inginkan


Doaku semoga Allah swt akan memberkati dan merahmati perkahwinan kita biarpun hanya kita berdua. Moga perkahwinan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat kita. Amin

Moga usiamu lebih panjang dariku, kerana aku tak sanggup kehilanganmu. Seandainya tiba masa untuk kita kembali kepadaNya, biarlah aku mendahuluimu. Aku tak sanggup mengharungi kehidupan ini seorang diri.



Thursday, 14 November 2013

Kehidupan

Cepatnya ms berlalu. Rs mcm semlm br 1 Jan 2013. Tup2 lg sebulan lebih dh nk msk 2014. Banyaknya suka duka 2013 akan jd kenangan.

Moga 2014 ada berita yang ditunggu.

22.11.2013 4 tahun perkahwinan kami. Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t kerana memberikan kami kesihatan yang baik. Walaupun kami masih belum dikurnikan zuriat, kami bahagiadengan kehidupan kami sekarang.

Seandainya ditanya tak teringin nk ada anak ke?

Tipu kalau jwpnya xnk.

Tahun pertama perkhawinan  dulu teringin nk preggy sgt. Bile delay je date period teruja, moga ada rezeki kami, tapi hampa.

Masuk tahun kedua ajak hubby g jmpa doc. Ms ni br tahu ada cyst dkt ovary dan salah satu sbb kenapa xpreggy lg. Ms tahu rs down sgt2. Tapi Allah Maha Mengetahui. Diujinya kita dengan ujian dan digantikanNYA dengan kegembiraan .

Yang ditunggu2 selama ini dtg jua. Tawaran Pelantikan Tetap Sebagai PTPO di bwh SPP. Alhamdulilah rezeki kawin org kte. Ingatkan tak dpt sbb hanya Berjaya sebagi calon simpanan sahaja.

2011 bermula kehidupan bujang blk sbb dihantar bertugas ke SK Seri Pantai, Mersing Johor.Ms ni hubby kerja kt Pekan, Pahang.

Tiap2 minggu blk Pekan dan masa duk Mersing jarang dh blk umah mak mertua sbb penat. Jumaat mlm aku jg penumpang setia bas Utama Ekspress Johor ke Kelantan. Tp aku smpi Pekan je. Bila tiket abis hubby aku jd mangsa dtg ambik kt Mersing. Hehe. Ahad tghari hubby hantar ke Mersing.

Ms duk Mersing ari Jumaat plg best wt keja sbb mlm nk blk Pekan tp bila msk kerja ari Isnin xde semangat langsung.huhu

Setahun stgh duk Mersing akhirnya aku dpt pindah msk Pahang tu pun siap gaduh ngan GB. Ms duk Mersing kami tak buat apa2 rawatan untuk dapatkan anak. Biar ms berlalu mcm tu je.

Suara2 sumbang yang bertanya xpernah pts. Orang yg tnya org yg sama lak, hangin gak aku. Sabar jelah. Nak2 adk ipar yang kwin lewat 6 bln dari aku msk 2 dh. Lagilah org duk sibuk menanya. Pernah aku menangis gara2 kena perli.

Bila dah pindah Pahang kami start jmpa pkr untuk cyst. Alhamdulilah dlm ms 9 bln cyst aku dh kecut. Tp doc xsuggest utk operate buang sbb cyst aku bwh 5 cm lg. Wat ms skrg ni aku just amalkan mkn gla complex Shaklee, minyak kelapa dara catalyst dan minum air anugerah. Lumiglow aku xcuba lg n aku suh hubby amalkan zinc dan madu.  Moga Allah permudahkan usaha kami.

Tapi skrg ni aku dh tak menaruh harapan yang tinggi sbb takut kecewa. Jika ada kami terima dan jika tak ditakdirkan lg kami redha.

Hope kawan yang senasib teruskan doa, moga Allah akan perkenanknnya satu hari nati. Amin